Cubaan sebuah bot nelayan Vietnam melarikan diri dengan melepaskan tali tambatan dan menukar haluan tidak berhasil selepas pasukan Maritim Malaysia berjaya menahan bot tersebut.<br /><br />Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata bot bersama 20 kru itu dikesan pada kedudukan 120 batu nautika dari Muara Kuala Terengganu, Isnin lalu.